Angel Wing Heart

Wednesday, 4 December 2013

wedding

Assalamualaikum


(( sebelum balik johor  kta selfie dulu. LOL ))

dah lama tak update blog so, pagi nie aku nak story pasal wedding kakak sedara aku :) pasangan pengantin bernama NADIA AKMAR ABD AZIZ & Z.ROSLI HJ HUSSAIN. majlis berjalan dengan baik dan meriah. mereka diijab kabulkan pada 30.november.2013 selepas zuhur dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. malamnya pula ada acara malam berinai. haa ! malam berinai dia meriah. ada perarakan dan aku ikut sekali perarakan tersebut. ada jugak pertunjukan bunga api sebelum berarak tue. even tak lah jauh mana perarakannya still nak ikut perarakan tersebut demi memeriahkan lagi suasana. family aku paling cepat sampai sebab makngah (( mak pengantin )) call berkali kali tanya bila balik. so, kitaorg baliklah awal. hem. sampai kampung jeh terus packing door gift. dalam door gift tue memacam ada (( ferrero rocher, apam polkadot, coklat dll )). door gift utk tetamu diundang dah siap. nak kene siapkan door gift utk keluarga pengantin lelaki pulak. bila semua door gift dah siap packing buat bunga telur. bunga telur buat sendiri dengan menggunakan kertas tisu. tak beli okayy. so, save bajet kan. banyak benda nak kene buat sampai tidur pun lambat. pagi 1.disember.2013 ada majlis khatam Al-quran dan tengahharinya pula tetamu semua dah datang. majlis resepsi pukul 1.30 petang. meriah sesangat. kakak sedara aku sedia kan satu buku khas untuk tulis ucapan. so, aku dengan sepupu sepupu aku buatlah ucapan dengan kreatifnya. siap lukis lagi. haha
hantaran diaorg ada gajet, perfume, handbag, kasut, coklat, jam dll. duit hantaran ... (( biarlah rahsia )) LOL
abah aku ketua memasak. as usual menu utama rumah pengantin nasi bryani takpun nasi tomato or nasi jagung. lauknya tetap sama ada ayam masak merah, pajeri nenas, daging masak kurma dll. abah masak nasi bryani dan tambah satu lauk daging masak hitam. nasi putih pun ada jugak. majlis aku nanti aku taknak buat nasi bryani. nak lain daripada yang lain. buat nasi ayam ke mi bandung ke kan ? haha
rasanya itu jeh kot setakat nie. 


bunga telur yang dibuat oleh kak eyoi

badge nie khas utk mak&pak sedara, sepupu, adik beradik & parents pengantin, bff serta pengapit

nie antara door giftnya. ada banyak jenis lagi act

baju nie khas utk kendarat lelaki terutama sekali sepupu sepapat, pak pak sedara, adik beradik pengantin. bajunya sama macam baju ch squad hairul azreen. LOL

dari kiri : kak suraya (( soya )), kak eyoi, kak iffah (( kakak ipar pengantin perempuan )) dan abg poji (( abg pengantin perempuan ))

gambar pengantin bersama sepupu sepapat

dan ini photoshoot pengantin. credit to sam rais photography. diambil di ladang getah 

terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa nie. sampai jumpa di entri yang selanjutnya :)


Instagram: zatieyusoof
Twitter: zatieyusoof
Facebook: nur izzati