Angel Wing Heart

Wednesday, 4 December 2013

wedding

Assalamualaikum


(( sebelum balik johor  kta selfie dulu. LOL ))

dah lama tak update blog so, pagi nie aku nak story pasal wedding kakak sedara aku :) pasangan pengantin bernama NADIA AKMAR ABD AZIZ & Z.ROSLI HJ HUSSAIN. majlis berjalan dengan baik dan meriah. mereka diijab kabulkan pada 30.november.2013 selepas zuhur dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. malamnya pula ada acara malam berinai. haa ! malam berinai dia meriah. ada perarakan dan aku ikut sekali perarakan tersebut. ada jugak pertunjukan bunga api sebelum berarak tue. even tak lah jauh mana perarakannya still nak ikut perarakan tersebut demi memeriahkan lagi suasana. family aku paling cepat sampai sebab makngah (( mak pengantin )) call berkali kali tanya bila balik. so, kitaorg baliklah awal. hem. sampai kampung jeh terus packing door gift. dalam door gift tue memacam ada (( ferrero rocher, apam polkadot, coklat dll )). door gift utk tetamu diundang dah siap. nak kene siapkan door gift utk keluarga pengantin lelaki pulak. bila semua door gift dah siap packing buat bunga telur. bunga telur buat sendiri dengan menggunakan kertas tisu. tak beli okayy. so, save bajet kan. banyak benda nak kene buat sampai tidur pun lambat. pagi 1.disember.2013 ada majlis khatam Al-quran dan tengahharinya pula tetamu semua dah datang. majlis resepsi pukul 1.30 petang. meriah sesangat. kakak sedara aku sedia kan satu buku khas untuk tulis ucapan. so, aku dengan sepupu sepupu aku buatlah ucapan dengan kreatifnya. siap lukis lagi. haha
hantaran diaorg ada gajet, perfume, handbag, kasut, coklat, jam dll. duit hantaran ... (( biarlah rahsia )) LOL
abah aku ketua memasak. as usual menu utama rumah pengantin nasi bryani takpun nasi tomato or nasi jagung. lauknya tetap sama ada ayam masak merah, pajeri nenas, daging masak kurma dll. abah masak nasi bryani dan tambah satu lauk daging masak hitam. nasi putih pun ada jugak. majlis aku nanti aku taknak buat nasi bryani. nak lain daripada yang lain. buat nasi ayam ke mi bandung ke kan ? haha
rasanya itu jeh kot setakat nie. 


bunga telur yang dibuat oleh kak eyoi

badge nie khas utk mak&pak sedara, sepupu, adik beradik & parents pengantin, bff serta pengapit

nie antara door giftnya. ada banyak jenis lagi act

baju nie khas utk kendarat lelaki terutama sekali sepupu sepapat, pak pak sedara, adik beradik pengantin. bajunya sama macam baju ch squad hairul azreen. LOL

dari kiri : kak suraya (( soya )), kak eyoi, kak iffah (( kakak ipar pengantin perempuan )) dan abg poji (( abg pengantin perempuan ))

gambar pengantin bersama sepupu sepapat

dan ini photoshoot pengantin. credit to sam rais photography. diambil di ladang getah 

terima kasih kerana sudi membaca entri yang tak seberapa nie. sampai jumpa di entri yang selanjutnya :)


Instagram: zatieyusoof
Twitter: zatieyusoof
Facebook: nur izzati


Wednesday, 30 October 2013

final exam is over ! :**


assalamualaikum gaiss :)

dah lama tak update entri baru. berhabuk sudah belog semak saya *lapdengankainbasah*. ahaha
lately, aku busy dengan final exam and now final exam is over and over and ever :)  aku jawab betul betul babe sebab nak lulus >< tapi kan seriously, baru tahun nie aku pandai meniru. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini :( taubat aku lepasnie. semoga result eden superb final exam nie. Amin ! kayy.. aku malas nak meleweh panjang panjang so, straight to the point. holiday ? normal ahh kan ? final exam habis, pulang buku teks dah dapat buku teks holiday ahh kan apa lagi ? aku baru nak relaks relaks kan minda aku. maklumlah baru lepas exam nie otak tepu. kahkahkah. cikgu boleh pulak bagi homework. sadis sungguh. dear teacher, my otak dah tired gila berhempas pulas untuk final exam :( but never mind. aku tahu cikgu nak kami semua bersedia untuk exam yang lebih besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). ohh gosh ! can't believe that i'm gonna turn form 5 and you know what ? aku akan jadi senior. no ! aku nak jadi junior :(  hem. bila dah form5 bermakna itu adalah tahun terakhir aku sekolah. tahun terakhir aku menjadi pelajar. lepas tuh aku dah tak pakai tudung putih. baju putih. kain biru (( uniform sekolah )). aku gerenti aku akan rindu zaman sekolah aku. kauorg pun sama kan ? rindu nak dengar pengetua berucap beribu ribu patah. rindu dengar bebelan cikgu. missing everything rite ? ehh ! aku belum alaminya lagi. HAHA. tahun depan akan menjadi tahun paling busy dalam hidup aku. maybe lahh :) aku perlu belajar betul betul untuk dapat keputusan cemerlang dalam spm dan belajar bersungguh sungguh demi kebahagiaan family aku :) terutama sekali parents akulah an ? semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku kat dunia nie.

 muka eksited aku bila exam dah habis. Ahaha :) kenyit mata sikit ;)

fyi, aku ada kembar :) kau hado ?
btw bawal tribal tuh pemberian my lovely friends :) laff you :**

Wednesday, 23 October 2013

haqiem rusli ♡♡

Hai. Bonjour. Assalamualaikum :)

kenapa title haqiem rusli ?
siapa haqiem rusli ?
boyfriend guwa ke ?

fyi, dia bukan boyfriend. bukan ahli keluarga atau sesiapa pun. tkda kaitan pun dalam hidup aku.tapi dia salah satu orang yang paling penting dalam hidup aku :) dia merupakan bekas finalis idola kecil musim pertama. dia berusia lima belas tahun. even dia bawah umur aku tp aku sayang dia. hehe 
idk why aku minat dia gila gila. ehh lupa pulak. dia retis dohh. kau tak kenal ? alah dia salah satu ahli the beesings. tak tahu jugak ? cari tahu sendiri lah yek. malas guwa nak meleweh panjang panjang ;p dia sekolah kat sekolah menengah dusun nanding. ehh yeke ? tak silap aku dia satu sekolah dengan syada amzah adik kepada shilla amzah dan anak kepada penyanyi dolu dolu nd lala :) dia lahir 16.06.98 :) aku tahu sikit jek pasal dia. act aku teringin nak bagi dia something tapi tak tahu alamat rumah dia. tak tahu apa barang kesukaan dia. warna kesukaan dia. semua aku tak tahu :( aku pun tengah usaha collect duit. aku nak bagi barang yang boleh dipakai bila bila masa :/ hem.... susah nak jumpa retis kayy. macam nak jumpa perdana menteri. busy memanjang :( plus retis berlambak kat kl. kat jb ? sorang pun tkda. that why lah orang yang duduk kl senang jek nak jumpa retis. hmm. sampai sini jek kud. tkda idea dah :)



handsome kan ? 

aku suka tenguk yang nie. omeyy angat xD

the beesings :) 
dari kiri : fimie don, didi astillah, azzam sham dan haqiem rusli

terima kasih kerana sudi membaca :D

 twitter.com/zatieyusoof
 instagram.com/zatieyusoof
facebook.com/nur.izzati.3114935
twitter.com/haqiemRusli

Tuesday, 22 October 2013

Makanan Merawat Sakit ?

Hi. Assalamualaikum :)

bagi uols makanan hanya mampu mengubat rasa lapar sahaja, kan ? namun, tahukah uols ada sesetengah daripada makanan yang terdapat dalam dunia nie mampu merawat rasa sakit. hem, apakah makanan itu ? kalau nak tahu, kenalah teruskan pembacaan uols

S A L M O N
salmon nie sejenis ikan. bukan sahaja warna isinya yang menarik, malah salmon sangat kaya dengan minyak Omega 3 dan juga Vitamin D yang mampu mengatasi skit kronik. Bagi uols yang ingin meneruskan program diet tetapi badan terasa sakit, salmon ada jawapannya :) 

cemtu lah rupanya ikan salmon punya isi :) 

H A L I A

siapa tak tahu bagaimana rupa halia ? haa ! mesti tak pernah ke dapur kan ?

halia ? okay. halia nie bukan sahaja digunakan sebagai pelengkap rempah perasa. tanaman ini jugak tergolong dlm kategori ubat ubatan tradisional Melayu dikatakan mengandungi 'gingerol' dan 'paradol' yg mempunyai persamaan seperti aspirin, iaitu sebagai ubat penahan sakit. kesimpulannya, minumlah secawan minuman yg berasaskan halia atau memesan masakan Thailand saat tubuh uols terasa lemah atau sakit.

S T R A W B E R R Y
strawberry pun boleh merawat sakit uols :) kandunagn Vitamin C di dalamnya sangat tinggi berfungsi sebagai antioksidan dlm badan di samping melindungi sakit. berdasarkan kajian yang telah dilakukan, seseorang yang mengalami patah tulang biasanya akan cepat pulih jika mengamalkan pengambilan buah strawberry ini.

inilah buah strawberry. tak kenal ? duduk planet lain jelah lu nie. semua tak kenal. alien betul :p

terima kasih kerana sudi membaca :) nantikan entri selanjutnya pada masa akan datang xp

p/s : sumber daripada Yezz Magazine :) guwa nak buat sendiri memang tak ahh kan. guwa bukan pandai sangat pasal mendalah tue sume. saje nak share. tak boleh ke ? ehh suka hati guwa belogg guwa babe ><

Monday, 21 October 2013

misunderstanding ♥

hai. assalamualaikum. i'm back :)
bulan nie busy gila kayy. busy dengan final exam and pemulangan buku teks. final exam ? so so lah. ada susah ada senang. normal lahkan. ada lagj 6 paper (( bi, sejarah, geografi, mathmode, sains+pjk )). sebelum aku meleweh lebih panjang better aku stori dulu pasal tajuk entri kali ini iaitu MISUNDERSTANDING (( salah faham )). entri yg lepas pasal sahabat and ada terselit stori bout ma friends tak inform yg dia ada adik baru am i right ? hem. act stori nya cenggini ..

masa raya haritue dia ada suruh datang beraya rumah dia sebab ada surprise katanya. aku tak tahu apa surprisenya. aku tak datang pun rumah dia sebab tkda transport. lagipun fatin dengan zana dah datang rumah aina. aku nak pergi dengan siapa ? lelama aku diamkan jek. last last tahu sendiri yang surprisenya adalah adik perempuan barunya. never mind. aku redha aku orang terakhir yang tahu. lagipun benda dah lama so, malas ahh nak ungkit :) btw adik dia omeyy angat :* next time, if ada masa nak lah jugak tenguk baby dia tue. 

begitu lah ceritanya :) terima kasih kerana anda sudi membaca 

p/s : nama adik dia nur aisyah binti suhaini :)

Friday, 4 October 2013

S A H A B A T ?

ASSALAMUALAIKUM (( tak jawab dosa ))
sahabat ? bagi aku sahabat ialah kawan yang sentiasa ada disamping kita sama ada susah atau senang, suka atau duka and bla bla bla. kayy. aina, zana, fatin, dayah, biha. bagi aku diaorang sahabat aku tapi tak tahu lah bagi diaorang. entah entah aku nie kawan biasa jea. who know kan ? but nvm. aku tetap anggap diaorang sahabat aku and aku harap persahabatan kami kekal. hanya kematian yang boleh memisahkan kami. (( ayat tak boleh blah )) aku rasa sejak naik form4 persahabatan kitaorang makin lama makin regang. tak rapat and seceria yang dulu maybe busy dgn aktiviti memasing kan ? bila dah regang byk perkara yang aku tak tahu. aleh aleh dapat tahu aina dah ada adik baru :( aku tumpang gembira :) kenkadang aku salahkan diri aku sebab tak bertegur dgn diaorang. kalau jumpa kat kantin ke mana-mana tempat kat sekolah just senyum. tapi tak bermakna aku lupakan diaorang. nak teks tapi tkda kedid sebab aku malas nk pergi rumah bawah semata-mata nk beli topup x) hem. aku mengaku kenkadang aku kecik hati and rasa dipinggirkan bila aku orang paling last tahu sesuatu perkara yang dah lama berlalu and paling sedih bila perkara tue aku tahu sendiri bukan dengar daripada mulut diaorang. kayy malas nak meleweh panjang panjang. 




#throwback raya 2013 rumah biha. dayah :(


dari kiri : zana, zati, aina, biha, dayah, fatin





fyi, kitaorang berkawan since form4 kecuali fatin. aku kawan dengan fatin since darjah 6 :)
aku sayang kau wahai sahabat :D thanks for reading

siapa saya ?

assalamualaikum ..

siapa saya ? kauorang nak kenal ke saya nie ? haha. hem. nothing special about me act. nama diberi NUR IZZATI BINTI MOHD YUSOF. enambelas. tarikh saya lihat dunia awesome 18.08.1997 (( bulan kemerdekaan )) kau hado ? aku anak kedua daripada empat orang adik beradik.anak jati JOHOR :) 


haa ! nie parents aku  
MOHD YUSOF ALI dan NORIZAH AB RAHMAN 



nie siapa ? hem. nie abang aku ><
MUHAMMAD ISYRAQ


nie pulak adik lelaki aku x)
MUHAMMAD IZZUDDIN



haa ! yang nie saya dan adik perempuan saya gediks. muehehe :*

sampai sini sahaja celoteh saya kayys. assalamualaikum :)